Dugaan dan ujian datang dengan pelbagai cara
dan rupa….adakalanya dugaan dan ujian datang silih berganti….di dalam kencah
kehidupan ini, pelbagai dugaan dan ujian mewarna nilai nilai pergertian
kita…kadangkala kita terasa sempitnya waktu dan hilangnya arah tuju tatkala
sesuatu menghampiri dan menghempas diri
kita.
Tika kita diduga dengan ujian yang kadang kita rasakan
tidak mampu dihadapi, sering kali mengeluh dan menyalahkan mengapa ini semua
berlaku pada kita…Setiap perjalanan hidup kita tidak sama antara satu sama
lain. Kesabaran dan ketabahan dalam diri sendiri seharusnya menjadi pegangan
dan percaya dan yakinlah pada iman bahawa kita di duga dan diuji dan sejauh
mana kekuatan dalam diri kita. Adakah kita sabar? Sesungguhnya Allah bersama
dengan orang orang yang sabar…
Apa pun dan bagaimana rupa ujian yang menimpa
kita..insyallah akan menjadi kebaikan andaikata kita hadapinya dengan tenang
dan bersikap positif. Dan ketika inilah kita akan merasa betapa kehidupan
adalah sangat berharga.
~Yakinlah bahawa ujian itu
merupakan ekspresi cinta Allah kepada kita hambaNya (Allah memberikan
cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan –
“Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberikan Nya cubaan” sabda Rasulullah
SAW
~Yakinlah bahawa semakin
besar dan banyak cubaan yang Allah titipkan kepada kita, makin besar pula
pahala dan sayang Allah akan limpahkan kepada kita, dengan syarat, kita dapat
menyelesaikan ujian secara baik – “sesungguhnya besar pahala itu bergantung
pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah itu mencintai suatu
kaum, maka Dia mengujinya.Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat
keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka dia akan mendapat kemurkaan Allah”
~Yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah
kita lakukan – “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan,
kesakitan, gangguan dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun,
semuanya itu merupakan kafarah dari dosa dosa kita
~Yakinlah bahawa setelah kita
ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan – “Kerana sesungguhnya sesudah
kesulitan, itu ada kemudahan”
~Setiap ujian yang Allah
berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan kita hambaNya
~Hadapi dengan doa dan usaha – apa jua perkara yang menimpa diri
kita InsyaAllah ia akan menjadi kebaikan kalau di hadapi dengan tenang dan
positi, ikhtiar yang maksimun dan diikuti dengan doa. Sesungguhnya pertolongan
Allah akan turun kalau kita berada dipuncak ujian…jadikan ujian sebagai tangga
untuk meraih pertolongan dari Allah…
Hambamu,
Mama Suhaila13 Disember 2013/ 8.26pm