Thursday 12 December 2013

~ ANAK ~

                   Anak...adalah harta yang paling berharga  buat yang bergelar ibubapa. anak juga merupakan amanah dari Allah SWT untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan didunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti, apakah kita telah menunaikan dengan sebaik baik ataupun kita mengkhianatinya. Harta tidak dapat ditukar nilai dengan wang ringgit ataupun segunung emas.

Mendidik anak-anak bukanlah satu tugasan yang mudah. Kita sebagai ibubapa telah diamanahkan agar mendidik anak-anak di bawah jagaan kita dengan penuh belaian dan kasih sayang. Anak anak itu dilahirkan dengan tiada dosa dan kita sebagai ibubapa seharusnya mendidik mereka dengan syariat yang ditetapkan.

Anak itu umpama kain putih...

Setiap anak yang dilahirkan atas dasar fitrah. Kita sebagai ibubapa yang mencorak menjadikan mereka yahudi,nasrani atau majusi.Lahirnya ke dunia ini dengan keadaan masih bersih tanpa dosa serta noda. Bergantunglah pada corak didikan yang diberikan oleh ibubapa. Mahu mencorak anak menjadi orang yang beriman,InsyaAllah anak akan menjadi orang yang beriman tetapi biarlah dari rebungnya.

Sebagai ibubapa, sudah tentu ingin melihat anak-anak membesar dengan sempurna dari semua segi, namun harus diingat tahap kecerdasan pada setiap anak anak itu tidak sama. Oleh itu,sebagai ibubapa, kita hendaklah menerima kelemahan dan kebaikan anak itu. Apa yang penting mereka dilengkapkan dengan didikan dan asuhan akhlak yang baik.

Anak itu merupakan cermin pada kedua ibubapanya...sebenarnya apa yang ibubapa berikan itulah yang akan di terimanya...kalau baik cara didikannya maka baiklah yang akan ibubapa terima ...Hargailah setiap masa dan detik ketika bersama anak-anak,...kerana masa tidak bisa berundur lagi..Panggillah anak-anak dengan gelaran yang elok-elok..

 

 
 

Sebagai seorang ibu aku terpanggil untuk menulis entry ini mengenai anak-anak.... kerana hati keibuan aku ini teramat sedih dan pilu kerana mungkin juga aku tidak tertahan lagi menahan sebak di dada menahan rindu pada puteriku yang telah dijemput Ilahi pada 9 Disember lalu ....

Tak tahu bagaimana mahu diluahkan atau diceritakan bagaimana rasanya bila kehilangan permata hati itu...tak tahu juga bagaimana mahu diungkapkan sakit rasanya tika rindu datang menggamit bila tidak lagi dapat mendengar suara  puteriku Khalisah Aisyah..

Apa yang ingin ku kongsi bersama di sini bahawa kasih sayang ibubapa tidak ada tolok bandingannya...dan buat si anak ibubapanya adalah contoh terdekat buat diri mereka..
Hargailah mereka selagi  pinjaman  Allah itu masih bersama-sama kita...dan jangan sesekali  kita lupa bahawa Dia boleh mengambil semula dari kita bila tiba masanya..



 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...