Friday, 13 December 2013

UJIAN HIDUP ~ Kafarah pada Dosa-dosa Lalu


Dugaan dan ujian datang dengan pelbagai cara dan rupa….adakalanya dugaan dan ujian datang silih berganti….di dalam kencah kehidupan ini, pelbagai dugaan dan ujian mewarna nilai nilai pergertian kita…kadangkala kita terasa sempitnya waktu dan hilangnya arah tuju tatkala sesuatu menghampiri  dan menghempas diri kita.

            Tika kita diduga dengan ujian yang kadang kita rasakan tidak mampu dihadapi, sering kali mengeluh dan menyalahkan mengapa ini semua berlaku pada kita…Setiap perjalanan hidup kita tidak sama antara satu sama lain. Kesabaran dan ketabahan dalam diri sendiri seharusnya menjadi pegangan dan percaya dan yakinlah pada iman bahawa kita di duga dan diuji dan sejauh mana kekuatan dalam diri kita. Adakah kita sabar? Sesungguhnya Allah bersama dengan orang orang yang sabar…

            Apa pun dan bagaimana rupa ujian yang menimpa kita..insyallah akan menjadi kebaikan andaikata kita hadapinya dengan tenang dan bersikap positif. Dan ketika inilah kita akan merasa betapa kehidupan adalah sangat berharga.

 ~Yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah kepada kita hambaNya (Allah memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan – “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia  akan diberikan Nya cubaan” sabda Rasulullah SAW

 ~Yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah titipkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah akan limpahkan kepada kita, dengan syarat, kita dapat menyelesaikan ujian secara baik – “sesungguhnya besar pahala itu bergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah itu mencintai suatu kaum, maka Dia mengujinya.Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka dia akan mendapat kemurkaan Allah”

~Yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita lakukan – “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarah dari dosa dosa kita

 ~Yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan – “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan, itu ada kemudahan”

 ~Setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan kita hambaNya

~Hadapi dengan doa dan usaha – apa jua perkara yang menimpa diri kita InsyaAllah ia akan menjadi kebaikan kalau di hadapi dengan tenang dan positi, ikhtiar yang maksimun dan diikuti dengan doa. Sesungguhnya pertolongan Allah akan turun kalau kita berada dipuncak ujian…jadikan ujian sebagai tangga untuk meraih pertolongan dari Allah…


Hambamu,
Mama Suhaila
13 Disember 2013/ 8.26pm

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...