Thursday, 12 December 2013

Buat Puteri Mama ~ Khalisah Aisyah ( yang bersih,suci,murni..yang hidup bahagia..)


 
 
Wahai puteriku Khalisah Aisyah..
Hadirmu menghiasi kehidupan mama dan baba
Kaulah anugerah terindah
Yang pernah kami terima
Hidup kami bertambah bahagia
Dengan kehadiranmu..

Wahai puteri syurgaku..
Wahai cinta hatiku..
Wahai anugerah terbesarku…
Wahai penawar dukaku..
Wajah mulusmu
Sangat memberi ketenangan buat kami
Apapun jua akan kulakukan
Biar berjuta halangan mendatang
Untuk melindungimu
Untuk menjagamu
Wahai anakku..

Bersama mamamu yang cantik jelita
Bersama babamu yang kacak bergaya
Kami berdua tak pernah putus berdoa
Di siang dan malamku
Demi kesihatanmu..
Demi kesejahteraanmu anakku..
Demi kamu..
Demi kamu..sayangku..
Mama,baba dan adik-adik
Pasti akan sentiasa merinduimu
Rindu akan wajah comelmu..
Rindu akan suara manjamu..
Rindu akan tangisanmu..
Rindu akan rengekanmu..
Rindu akan susuk tubuhmu..
Rindu akan segala-galanya..
Segala-galanya tentang dirimu..sayangku..

Kami Redha dengan pemergianmu..
Damailah kau disana anakku..
Nantikan kami
di syurga Allah yang kekal abadi..

AMINN…


(puisi mama buatmu kakak..)
13 Disember 2013
 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...